Ahad, 4 Mac 2012

Pengenalan Kepada Islam

1) Maksud Islam - Berasal dari perkataan arab 'salam' yang bermaksud aman, sejahtera dan harmoni.
2) Islam juga bermaksud serah (submit). Dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada Allah dengan mematuhi kehendak dan larangan-Nya.
3) Islam bukanlah agama baru malah telah ada sejak sebelum Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi. Nabi-nabi terdahulu juga mengajak manusia menyembah Allah yang satu. Itu bermaksud mereka juga Islam. Terdapat salah faham bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah penemu kepada Agama Islam.
4) Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang terakhir dengan mukjizad Al-Quran melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Islam membenarkan kitab-kitab terdahulu tetapi ajaran kitab-kitab terdahulu hanya sesuai untuk zaman waktu itu sahaja. Allah menurunkan Al-Quran yang lengkap dan sempurna untuk seluruh manusia sebagai panduan dan petunjuk.
5) Seruan utama Islam adalah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan perutusanNYA di muka bumi.
6) Muslim bermaksud orang yang menyerah diri kepada ALLAH. Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Rasul-rasul terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kepercayaan kepada Qada dan Qadar.
7) Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama. Juga disebut Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah (Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah), solat lima waktu sehari semalam, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Mekah.
8) Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Ini berbeza dengan ajaran Kristian dimana mereka percaya bahawa manusia sejak dari lahir telah menanggung dosa.
9) Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Kita wajib percaya dengan Qada dan Qadar Allah. Segala apa yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya. Walaubagaimanapun, Allah telah mengutuskan utusan-utusanNya kepada manusia sebagai petunjuk dan terpulang kepada manusia itu sendiri sama ada untuk memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan.

Islam mengajak kepada kebaikan. Apa yang memudaratkan itu bukanlah ajaran Islam. Di akhir zaman, umat Islam akan terbahagi kepada 73 golongan tetapi hanya satu sahaja yang akan diterima Allah iaitu golongan yang berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Anda termasuk golongan yang mana? Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan