Ahad, 4 Mac 2012

Wajib Bersegera Qada Solat.

SOLAT fardu yang tertinggal (dengan/tanpa keuzuran) wajib diqada. Hukum berdosa jika meninggalkan solat fardu. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Persoalannya bilakah mahu qada solat? Bolehkah qada solat zohor pada waktu solat asar dan sebaliknya? Bolehkah qada solat pada waktu yang diharamkan solat?

Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat." Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; Tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengigati daku.” (Tahaa:14), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlmn:227).

Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, jelas kepada kita bahawa qada solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja walaupun pada waktu diharamkan solat. Ini kerana wajib itu kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur & terlupa, wajib segera mengqadakannya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan