Rabu, 7 Mac 2012

Mesra Takdir Penawar Stress

Stress kerana apa yang kita rancangkan tidak menjadi? Serah dan pasrahkanlah hati dan diri kita kepada Allah. Mengapa? Ini kerana diri kita lemah, ilmu kita terbatas dan kudrat kita terhad. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan dan Allah menegaskan apa-apa yang diberikan kepada kita adalah baik belaka. Namun akal manusia terbatas. Tidak mampu melihat rahsia di sebalik yang pahit, sedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Rasa stress jika berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri. Itu biasa. Yang luar biasanya jika kita tidak menerima takdir seadanya dan memilih untuk memberontak, melawan dan mempersoalkannya.

Mengapa begitu? Berusahalah dengan sedaya upaya yang dikurniakan Allah dan kemudian bertawakkallah. Jika apa yang diharapkan tercapai, bersyukurlah. Namun jika sebaliknya berlaku, bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Allah swt lebih mengetahui. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Mana mungkin kita tahu segala-galanya jika ilmu hanya sekelumit cuma. Yang pahit itu akan menjadi ubat dan yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin stress akan mendatang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan