Jumaat, 9 Mac 2012

Amalan Memudahkan Rezeki

1) Istighfar
2) Amalan membaca surah al-waaqiah setiap malam
3) Solat sunat duha
  • Rakaat pertama sunat baca surah Al-Shams
  • Rakaat kedua sunat baca surah Al-Lail/Ad-duha/Al-nasr
  • Doa “Ya Allah, bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki ku masih di langit turunkanlah dan jika ada di dalam bumi keluarkanlah. Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.”
4) Berdoa – Khusus / specific terhadap apa yang dimahukan
5) Bersedekah
6) Bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia

Khamis, 8 Mac 2012

Rahsia Memudahlan Rezeki



1.      Istighfar 100 ke 1000 kali sehari
2.      Selawat 1000 kali sehari dalam masa 10 hari
3.      Solat taubat setiap malam
4.      Solat tahajjud
5.      Solat duha jangan putus
6.      Jaga dan sayangi ibu bapa

Rabu, 7 Mac 2012

Mesra Takdir Penawar Stress

Stress kerana apa yang kita rancangkan tidak menjadi? Serah dan pasrahkanlah hati dan diri kita kepada Allah. Mengapa? Ini kerana diri kita lemah, ilmu kita terbatas dan kudrat kita terhad. Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan dan Allah menegaskan apa-apa yang diberikan kepada kita adalah baik belaka. Namun akal manusia terbatas. Tidak mampu melihat rahsia di sebalik yang pahit, sedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Rasa stress jika berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri. Itu biasa. Yang luar biasanya jika kita tidak menerima takdir seadanya dan memilih untuk memberontak, melawan dan mempersoalkannya.

Mengapa begitu? Berusahalah dengan sedaya upaya yang dikurniakan Allah dan kemudian bertawakkallah. Jika apa yang diharapkan tercapai, bersyukurlah. Namun jika sebaliknya berlaku, bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Allah swt lebih mengetahui. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Mana mungkin kita tahu segala-galanya jika ilmu hanya sekelumit cuma. Yang pahit itu akan menjadi ubat dan yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin stress akan mendatang?

Masjid Itu Gelanggang Politik…

Islam bersifat suci dan menyucikan. Jika apa-apa yang diperjuangkan oleh sesebuah parti politik (kerajaan atau pembangkang) itu benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif.

Namun kenapa timbulnya persoalan ‘Apakah politik telah diislamkan?’ atau ‘Islam yang telah dipolitikkan?’. Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi masjid dengan politik. 

Sesetengah beranggapan agama dan politik mesti dipisahkan yakni tidak boleh menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Ada pula pihak lain yang beranggapan bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Bukankah islam itu satu cara hidup? Itu hujah mereka.

Manakah yang benar? Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu merupakan pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya.” (Muttafaq ‘alaih). Politik adalah antara alat untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah swt. Lantaran itu, politik menjadi sesuatu yang bersih kerana ditunjangi dengan aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak.

Sejajar dengan ini, Rasulullah dan para sahabatnya telah menjadikan masjid sebagai tempat perbincangan dan mensyuarat untuk memimpin dan mentadbir manusia. Dari mimbar masjidlah Rasulullah saw menjelaskan tanggungjawab pemimpin, peranan rakyat jelata, prinsip keadilan, susunan masyarakat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan pelbagai urusan kepimpinan yang lain.

Namun realitinya, politik semasa dilihat sebagai sebuah gelanggang perebutan kuasa, penggunaan wang, pertelagahan antara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat. Menjelang pilihan raya, kita akan melihat kaedah-kaedah tidak bermoral digunakan untuk mencapai kemenangan. Cerca-mencerca sudah menjadi lumrah dalam budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, wajarlah masjid diselamatkan daripada ‘kekotoran’ itu.

Walaubagaimanapun, jika politik dilaksanakan dengan tepat mengikut islam, maka masjidlah tempat yang paling sesuai untuk berpolitik. Sebaliknya jika tersasar, maka sewajarnya masjid ‘diselamatkan’ daripada sebarang aktiviti politik.

Isnin, 5 Mac 2012

Langkah Kaki Menghapus Dosa

Banyak ganjaran pahala yang diberi Allah bagi mereka yang berbuat kebaikan termasuklah berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Bagi setiap langkah kakinya, maka terhapusnya dosa-dosa yang dilakukan.


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah saw bersabda 'Barang siapa yang bersuci di rumahnya kemudian dia berjalan menuju salah satu rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat fardu, maka kedua langkahnya adalah salah satunya menghapus dosa dan yang lainnya menaikkan darjat".


Antara adab-adab menuju ke masjid termasuklah:
  1. Berangkat ke masjid dalam keadaan bersuci - hadis di atas menyebut bahawa ganjaran pahala hanya akan diperoleh jika seseorang itu berwuduk di rumahnya dan kemudian ke luar menuju ke masjid
  2. Membaca doa keluar rumah dan doa menuju masjid - doa yang dibaca Rasullullah saw; "Dengan nama Allah, wahai Rabb-ku aku berlindung kepada mu dari terjatuh dalam dosa atau tersesat atau terjatuh dalam kezaliman atau terzalimi atau bodoh atau dibodohkan."
  3. Melangkah kaki dengan tenang dan tidak tergesa-gesa
  4. Memakai pakaian yang baik/elok - firman Allah "wahai anak adam pakailah pakaian mu yang indah setiap kali memasuki masjid."Al-A'raf: 31
  5. Masuk ke masjid didahului kaki kanan - Imam bukhari dalam kitab sahihnya dalam bab "Mendahulukan yang kanan ketika masuk masjid dan yang lainnya" menjelaskan, "Dahulu Ibnu Umar mendahulukan kaki kanannya (ketika masuk) dan jika ia keluar ia mendahulukan kaki kirinya.
  6. Membaca selawat sepanjang perjalanan ke masjid - "Allahumma solli 'ala muhammadin wasallam. allahummaftahli abwaba rahmatika." maksudnya "Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas Nabi Muhammad saw, ya Allah bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk ku."

Hukum Menguap.

Daripada Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda, "Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi "HAAA" maka syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari).

Antara adab-adab menguap adalah:
  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat
  3. Makruh mengeluarkan suara dan menggangkat bunyi ketika menguap
  4. Sunat megucapkan astaghfirullah selepas menguap
Menguap ketika solat lebih makruh berbanding dalam keadaan biasa kerana perbuatan tersebut menunjukkan seolah-olah kita tidak fokus terhadap bacaan dalam solat. Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w, "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka." - Riwayat Al Muslim.
 

Jelas sekali, islam menyuruh umatnya menahan daripada menguap sekali gus menahan syaitan daripada masuk ke dalam badan melalui mulut.

Ahad, 4 Mac 2012

Meraih Ilmu Dengan Mudah

Hati bukan sahaja penentu darjat dan siapa kita di sisi Allah. Malah ia juga menjadi pintu hidayah dan ilmu. untuk meraih ilmu dengan mudah, hati perlulah dijaga dan dipelihara melalui: 

  1. Jaga pemakanan - sabda rasullullah saw "kami adalah umat yang hanya makan ketika kami lapar dan berhenti makan sebelum kenyang."
  2. Pemilihan makanan - makanlah apa sahaja di bumi ini dari sumber yang halal. Firman Allah "oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata." Surah al-nahl: 114.
  3. Banyak berpuasa - amalkan berpuasa sunat hari isnin dan khamis 
  4. Banyak istighfar - antara keistimewaan istighfar adalah membersihkan hati, membuka pintu rezeki seluas-luasnya dan membuat seseorang dilimpahi rahmat dan hidayah Allah
  5. Periharalah masa - sunnah Rasullullah saw, tidur selepas isya' dan bangunlah di dua pertiga malam. Jangan tidur selepas subuh dan asar. Sebaliknya amalkan tidur sebentar (15 ke 30 min) selepas zohor atau antara 1 ke 3 PM
  6. Periharalah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia - orang yang ingin memiliki hati yang terang, bersih, dan dicintai Allah, maka dia perlu terlebih dulu memelihara hubungannya dengan Allah swt dan hubungannya sesama manusia
  7. Periharalah solat - solat itu tiang agama dan solat awal waktu adalah rahsia sel-sel tubuh kita akan tercas dengan baik dan bertenaga secara semuala jadi.  

Tip Melegakan Kesedihan

  1. Daripada Anas Bin Malik, apabila Rasulullah s.a.w ditimpa sesuatu becana atau malapetaka maka baginda membaca "Yaahayyuyaaqayyum birahmatika astaghist" yang bermaksud "wahai Allah yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendiri dengan rahmat-Mu aku memohon perlindungan."

  2. Menangislah sepuas-puasnya dan lepaskan kesedihan tetapi tidak melampau sangat seperti meraung-raung atau menjerit-jerit.

  3. Rasulullah a.a.w  juga mengucapkan "lailahaillallah" untuk meredakan kesedihanSolat hajat agar Allah redakan kesedihan

  4. Selalu Rasulullah nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih "bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah"

Menangislah Wahai Mata Kerana-Nya

1) Islam sukakan kesederhanaan
2) Jangan keterlaluan dan melampau apabila ketawa (mengilai) atau menangis (menjerit & meraung-raung).
3) Menangis amat digalakkan dalam islam selagi tidak menyalahi syariat dan melanggar batasan agama
4) Menangis kerana takutkan Allah akan dijanjikan dengan ganjaran pahala dan akan terselamat dari api neraka.
5) Menangis dan merayulah keampunan pada Allah kerana itu adalah yang terbaik.
6) Allah suka orang yang menangis kerana takutkan-Nya
7) Kerana menangis itu adalah lambang kesungguhan, Allah akan melimpahkan rahmat-Nya, hati akan menjadi lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Sabda Rasulullah s.a.w "Jangan banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa itu akan mematikan hati." HR Ahmad.

Hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut, dari IbnAbbas, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Ada dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Pertama mata yang menangis kerana takutkan Allah dan yang kedua mata yang berjaga malam kerana berjihad di jalan Allah."

Jelas sekali menangis kerana takutkan Allah sangat dituntut dalam Islam. Air mata itu adalah satu rahmat yang Allah turunkan di dalam hati orang yang beriman. Bersyukurlah anda jika masih mampu menangis. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang menangis kerana takutkan-Nya.

Susunan Sembahyang Sunat

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam. Bermula seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati:
1) Solat sunat wuduk
2) Solat sunat tahajjud
3) Solat sunat taubat
4) Solat sunat tasbih
5) Solat sunat hajat
6) Solat sunat istiharah
7) Solat sunat witir

Sebelum waktu subuh
1) Solat sunat fajar

Selepas azan subuh
1) Solat sunat subuh
2) Solat fardu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah)

7.15 pagi - 8.15 pagi
1) Solat sunat isyrak

8.15 pagi - 11.00 pagi
1) Solat sunat duha

Apabila gelincir matahari
1) Solat sunat zohor
2) Solat fardu zohor
3) solat sunat selepas zohor

Selepas azan asar
1) Solat sunat asar
2) Solat fardu zohor

Selepas azan maghrib
1) Solat sunat Maghrib
2) Solat fardu maghrib
3) Solat sunat selepas maghrib
4) Solat sunat awabin
5) Solat sunat izzuliman
6) Solat sunat taubat

Selepas azan isya'
1) Solat sunat isya'
2) Solat fardu isya'
3) Solat sunat selepas isya'
4) Solat sunat witir

Hari Jumaat

Sebelum solat jumaat
1) Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid)
2) Solat sunat wuduj
3) Solat sunat taubat

Selepas azan pertama
1) Solat sunat jumaat
2) Solat fardu jumaat
3) Solat sunat selepas jumaat

Bulan Ramadhan

Selepas solat isya'
1) Solat sunat tarawih
2) Solagt sunat witir