Sabtu, 3 Mac 2012

Lima Alam Dilalui Manusia

  1. Alam Ruh - Di alam ruh, semua ruh bersumpah taat setia pada Allah, akan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
  2. Alam Rahim - Berlakunya penggabungan ruh dan jasad pada usia empat bulan di dalam kandungan (iaitu setelah sempurna jasad manusia).
  3. Alam Dunia - Perjalanan hidup manusia yang panjang, daripada bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan diakhiri dengan kematian. Allah mengutuskan para nabi dan rasul di kalangan manusia sebagai petunjuk, Rasulullah s.a.w sebagai utusan terakhir dan al-quran sebagai panduan cara hidup manusia.
  4. Alam Barzakh - Alam pemisah antara kehidupan di dunia dan di akhirat, tempat menunggu sebelum tibanya kiamat.
  5. Alam Akhirat - Didahului dengan terjadinya Kiamat, berupa kerusakan seluruh alam semesta. Kemudian diikuti dengan Hari Kebangkitan, iaitu seluruh manusia dari mulai nabi Adam as. sampai manusia terakhir dibangkitkan dan dikumpulkan dalam satu tempat di panggil padang mahsyar. Peristiwa berikutnya adalah Hari Penghisaban (perhitungan amal) dan Mizan (timbangan amal) bagi manusia. Akan ditanya 5 hal kepada manusia :  tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana mencarinya, dan ke mana menginfakkannya, dan apa yang diamalkan dari ilmunya. Peristiwa seterusnya adalah Hari Pembalasan iaitu balasan syurga atau neraka.

Dunia ini hanyalah persinggahan, akhirat yang menanti kekal abadi. Perjalanan hidup manusia di dunia akan berakhir dengan kematian. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Apabila matinya anak adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim)

Salam Perkenalan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda Rasulullah s.a.w serta keluarganya

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera ke atas pengunjung blog ini, saudara/i sekelian. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Blog ini bukanlah untuk mengajak saudara/i kepada PAS atau UMNO, juga bukan untuk menghina atau bangga diri kerana ilmu saya juga tersangatlah cetek. Salah satu tujuan saya menulis blog ini adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang kadangkala tersilap langkah, tersasar daripada ajaran islam sebenar.

Kebanyakkan post di dalam blog ini adalah dirujuk / diambil daripada artikel di internet, majalah, akhbar dan juga siaran radio/televisyen. Jika terdapat sebarang percanggahan dengan fahaman saudara/i marilah kita sama-sama saling berdiskusi secara berhikmah dan nasihat-menasihati sesama kita.