Isnin, 26 Mac 2012

Halal, Haram, Syubhah

" Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
 Pemahaman Hadis;
  1. Halal itu jelas dan nyata - seperti berjalan-jalan, berkata-kata dan sebagainya.
  2. Haram itu juga jelas dan nyata - seperti arak, judi, riba dan sebagainya.
  3. Antara halal dan haram, ada perkara shubhah, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya.
  4. Jauhilah Shubhah kerana itu lebih utama

Hukum Melabur Dalam ASB/ASN

Isu haram/halal ASB/ASN sudah lama dibincangkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan hukum 'harus' manakala Majlis Fatwa Negeri (seperti Majlis Fatwa Negeri Selangor) menyatakan 'haram'. Sudah terdapat percanggahan di sini.

Harus kerana;
  1. Pelaburan patuh syariah dan DISAHKAN JAKIM - tidak labur dalam sektor berkaitan arak dan judi.
  2. Pelaburan dalam sektor halal lebih banyak daripada haram (70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak patuh syariah).  
  3. 'Daruriyah' - Jika melepaskan pegangan dalam Maybank, ianya bukan hanya meruntuhkan ekonomi negara tetapi akan memberi kesan besar kepada organisasi berkaitan orang Islam. 
  4. Berpegang kepada sebahagian besar fuqaha' iaitu Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali yang tidak mengharamkan syarikat sedemikian (percampuran aktiviti halal dan haram) ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

(Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.e-fatwa.gov.my/)

Haram kerana;
  1. Aqad pelaburan tidak jelas - jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
  2. Jaminan modal -  keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT MAZHAB. Ini kerana dalam konsep pelaburan Islam yang dikenali sebagai mudarabah dan musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.
  3. Percampuran halal dan haram - pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30%. Terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.
  4. Tidak jelas status kaunter pelaburan kerana ASB tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber;

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html
http://www.islamituindah.my/asbasn-haram-jabatan-mufti-negeri-selangor


Perbincangan;
  1. Terdapat kekeliruan di antara status ASB/ASN - Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan hukum 'harus' manakala Majlis Fatwa Selangor menyatakan hukum 'haram'.
  2. Sesiapa yang nak melabur boleh berpegang pada hukum 'harus' yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan sesiapa yang tidak mahu boleh berpegang pada hukum 'haram'.
  3. Berlakunya shubhah - tidak jelas status halal dan haram.
  4. Tapi sebaik-baiknya tinggalkanlah perkara shubhah.
  5. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.).
Kesimpulan
  1. Jauhilah perkara shubhah. 
  2. Mencari yang HALAL adalah satu jihad dan wajib ke atas setiap umat Islam.

    Cirri-Ciri Pelaburan Dalam Islam


    1. Modal mesti disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontyrak yang dimasuki
    2. Modal itu mesti diadakan dalam bentuk tunai dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ianya mestilah diberi nilaian berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurunan nilai.
    3. Keuntungan tidak boleh ditetapkan dalam jumlah yang tertentu. Ianya mestilah dalam bentuk peratus atau bahagian
    4. Keuntungan ditakrifkan sebagai peningkatan kepada jumlah modal yang disediakan
    5. Kerugian mesti ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi dan cara perkongsian ini berbeza dari satu kontrak kepada kontrak yang lain
    6. Aktiviti pelaburan ini mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah
    7. Setiap pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak perselisihan.
    8. Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, namun boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia adalah mengikat kedua belah pihak

    Waktu Dituntut Bersalawat

    1. Selepas azan
    2. Selepas baca tasyahud akhir
    3. Permulaan doa dan akhirnya
    4. Dalam solat jenazah
    5. Di antara takbir dan solat hari raya
    6. Alhir doa qunut
    7. Hari jumaat
    8. Ketika berziarah ke kubur nabi
    9. Ketika dalam khutbah
    10. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan
    11. Ketika menyebut atau mendengar nama Rasulullah saw

    Tips Solat Khusyuk


    1. Jaga pemakanan
    2. Wuduk dengan sempurna
    3. Sebelum solat, sunat membaca istighfar dan surah 3 ‘Qul’
    4. Lintaskan azab kubur dan siksaan api neraka sebelum solat
    5. Ikhlaskan hati – buat yang terbaik sebagaimana solat tersebut adalah solat terakhir
    6. Hayati dan fahami bacaan
    7. Solat berjemaah

    Jika Dapat Mimpi Buruk


    1. Mengucap dan mohon perlindungan dari Allah
    2. Istighfar
    3. Ludah tiga kali sebelah kiri
    4. Tukar posisi tidur
    5. Bangun dari tidur dan terus bersolat

    Tips Mendapatkan Mimpi Baik

    1. Baca surah 3 ‘Qul’, tiup atas tangan dan sapu seluruh badan (pelindung dari syaitan)
    2. Baca ayat kursi sebelum tidur
    3. Wuduk sebelum tidur
    4. Doa sebelum tidur
    5. Banyakkan selawat sebelum tidur
    6. Solat witir sebelum tidur
    7. Tidur mengiring sebelah kanan dan mengadap kiblat