Isnin, 26 Mac 2012

Hukum Melabur Dalam ASB/ASN

Isu haram/halal ASB/ASN sudah lama dibincangkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan hukum 'harus' manakala Majlis Fatwa Negeri (seperti Majlis Fatwa Negeri Selangor) menyatakan 'haram'. Sudah terdapat percanggahan di sini.

Harus kerana;
  1. Pelaburan patuh syariah dan DISAHKAN JAKIM - tidak labur dalam sektor berkaitan arak dan judi.
  2. Pelaburan dalam sektor halal lebih banyak daripada haram (70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak patuh syariah).  
  3. 'Daruriyah' - Jika melepaskan pegangan dalam Maybank, ianya bukan hanya meruntuhkan ekonomi negara tetapi akan memberi kesan besar kepada organisasi berkaitan orang Islam. 
  4. Berpegang kepada sebahagian besar fuqaha' iaitu Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali yang tidak mengharamkan syarikat sedemikian (percampuran aktiviti halal dan haram) ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

(Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.e-fatwa.gov.my/)

Haram kerana;
  1. Aqad pelaburan tidak jelas - jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
  2. Jaminan modal -  keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT MAZHAB. Ini kerana dalam konsep pelaburan Islam yang dikenali sebagai mudarabah dan musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.
  3. Percampuran halal dan haram - pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30%. Terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.
  4. Tidak jelas status kaunter pelaburan kerana ASB tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber;

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html
http://www.islamituindah.my/asbasn-haram-jabatan-mufti-negeri-selangor


Perbincangan;
  1. Terdapat kekeliruan di antara status ASB/ASN - Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan hukum 'harus' manakala Majlis Fatwa Selangor menyatakan hukum 'haram'.
  2. Sesiapa yang nak melabur boleh berpegang pada hukum 'harus' yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan sesiapa yang tidak mahu boleh berpegang pada hukum 'haram'.
  3. Berlakunya shubhah - tidak jelas status halal dan haram.
  4. Tapi sebaik-baiknya tinggalkanlah perkara shubhah.
  5. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.).
Kesimpulan
  1. Jauhilah perkara shubhah. 
  2. Mencari yang HALAL adalah satu jihad dan wajib ke atas setiap umat Islam.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan