Ahad, 4 Mac 2012

Menangislah Wahai Mata Kerana-Nya

1) Islam sukakan kesederhanaan
2) Jangan keterlaluan dan melampau apabila ketawa (mengilai) atau menangis (menjerit & meraung-raung).
3) Menangis amat digalakkan dalam islam selagi tidak menyalahi syariat dan melanggar batasan agama
4) Menangis kerana takutkan Allah akan dijanjikan dengan ganjaran pahala dan akan terselamat dari api neraka.
5) Menangis dan merayulah keampunan pada Allah kerana itu adalah yang terbaik.
6) Allah suka orang yang menangis kerana takutkan-Nya
7) Kerana menangis itu adalah lambang kesungguhan, Allah akan melimpahkan rahmat-Nya, hati akan menjadi lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Sabda Rasulullah s.a.w "Jangan banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa itu akan mematikan hati." HR Ahmad.

Hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut, dari IbnAbbas, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Ada dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Pertama mata yang menangis kerana takutkan Allah dan yang kedua mata yang berjaga malam kerana berjihad di jalan Allah."

Jelas sekali menangis kerana takutkan Allah sangat dituntut dalam Islam. Air mata itu adalah satu rahmat yang Allah turunkan di dalam hati orang yang beriman. Bersyukurlah anda jika masih mampu menangis. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang menangis kerana takutkan-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan