Ahad, 4 Mac 2012

Doa Makbul

Syarat makbulnya doa adalah;
  1. Lihatlah pada makanan yang kita ambil. Halalkah?
  2. Pastikah rezeki yang kita peroleh bersih dan puncanya halal?
  3. Apakah kita yakin bahawa kita tidak melakukan maksiat?
  4. Apakah ada prasangka buruk kita kepada Allah gara-gara Allah tidak memakbulkan doa yang dipinta? Jika ada, buangkanlah jauh dari fikiran.
Waktu mustajab berdoa;
  1. Pada malam Lailatulqadar iaitu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
  2. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah ketika jemaah haji melakukan wukuf di Arafah
  3. Pada bulan Ramadhan
  4. Pada malam Jumaat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Waktu berjumaat lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sehingga imam mengucapkan salam.
  7. Pada tengah malam
  8. Ketika seperdua malam yang kedua sekitar jam 12 malam
  9. Sepertiga malam yang pertama sekitar jam 6 hingga 10 malam
  10. Sepertiga malam yang terakhir iaitu selepas jam 2 pagi.
  11. Pada waktu sahur sebelum fajar terbit.
  12. Sesudah berwuduk
  13. Ketika orang azan untuk solat
  14. Antara azan dan iqamat
  15. Ketika orang mengucapkan iqamat
  16. Ketika berbaris menuju medan perang sabil
  17. Dalam pertempuran di medan perang
  18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu
  19. Pada waktu sedang sujud tidak kira di dalam solat mahupun di luar solat
  20. Ketika sedang membaca Al-Quran
  21. Setelah tamat membaca Al-Quran
  22. Ketika minum air zam-zam
  23. Pada waktu ayam jantan berkokok iaitu di pagi hari
  24. Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
  25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir iaitu secara berkumpulan untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran dan juga menerima pelajaran agama islam.
  26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
  27. Ketika hujan turun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan